data:post.id'>
Sedar atau tidak sedar, apabila
seorang muslim mengucapkan dua
kalimah syahadah, telah terpikul
dibahunya akan satu
tanggungjawab yang besar. Iaitu
untuk memperjuangkan kalimah
Allah di mukabumi sebagai
khalifah Allah. Dalam
memperjuangkan kalimah Allah ini,
maka para pejuang kebenaran
akan berhadapan dengan 1001
macam mehnah yang dilahirkan
oleh musuh-musuh Islam yang
sentiasa mencari jalan untuk
menjauhkan seorang muslim dari
mendekati Allah SWT.
Apabila persoalan musuh
diketengahkan, terlalu ramai umat
Islam menyangkakan musuh Islam
hanyalah Yahudi dan Nasrani.
Lebih-lebih lagi, akhir-akhir ini
slogan membebaskan Gaza dari
cengkaman Yahudi disemarakkan
oleh mereka-mereka yang
mengaku pejuang Islam walau
rokok Marlboro dari Amerika
masih menjadi hiasan bibir mereka
dan ayam goreng KFC menjadi
santapan hidangan mereka. Maka
berkumpullah mereka
berdemonstrasi dan membakar
bendera Israel, memaki hamun
dan beremosi.
Hakikatnya, mereka terlupa
bahawa musuh Islam itu bukan
hanya Yahudi dan Nasrani. Malah
ada lagi empat musuh yang lebih
bahaya dari itu. Antaranya yang
tidak mampu dilihat dengan mata
kasar dan lebih bahaya dan lebih
licik. Andainya seorang muslim,
gugur di medan perang ditembak
Yahudi dek mempertahankan
kalimah Allah, syahid baginya.
Namun andainya seorang muslim
gugur dan kecundang dengan
musuh yang satu lagi ini iaitu
musuh yang lebih merbahaya dari
Yahudi dan Nasrani, amat
malanglah nasibnya di dunia dan
di akhirat.
Sipakah musuh bagi orang
mukmin ?
Sabda Rasulullah SAW
“Seorang mukmin selalu
dikelilingi lima musuh yang
membahayakan, iaitu seorang
mukmin yang hasad, orang
munafiq yang membenci,
orang kafir yang memerangi,
syaitan yang menyesatkan
dan hawa nafsu yang
menyeretmu. (Termidzi)
Pertama : Golongan mukmin
yang hasad iaitu dari kalangan
umat Islam tetapi mereka
melakukan berbagai maksiat dan
mungkar. Umat Islam yang
bergelumang dengan mungkar
dan maksiat ini akan menyimpan
perasaan dengki sesama muslim.
Mereka iri hati dan susah hati jika
ada seorang muslim yang lain
mampu membuat sesuatu amal
kebajikan yang dia tidak mampu
lakukan. Bila dia lihat ada saudara
seIslamnya mampu beribadah, dia
dengki dan dia benci. Jika ada
saudara seIslamnya yang kuat
berjihad sedangkan dia tidak
mampu berjihad, dia tabor fitnah
dan mengadu domba memburuk-
burukkan sahabatnya itu.
Hakikatnya, mereka inilah yang
menjadi punca perpecahan umat
Islam. Andainya dia tidak ubah
sifatnya, tak mustahil statusnya
berubah dari mukmin yang hasad
dengki kepada golongan munafik.
Tak kurang juga golongan ini
terdiri dari orang muslim yang a’si,
yang fasiq yang memperolehi
nikmat dunia bersumberkan
maksiat dan mungkar. Bagi
mereka kebaikan dan amal soleh
hanya menghalang mereka dari
mengecapi nikmat yang diperolehi
dari maksiat yang dikerjakan.
Mereka benci jika ada orang
berdakwah dan ajak orang kea
rah kebaikan, kerana jika semua
orang baik, dia sudah tidak boleh
zina, tidak boleh minum arak, tidak
boleh hisap dadah. Maka timbullah
kebencian dalam diri mereka. Jika
disuluh peribadi tingakatan iman,
golongan mukmin yang hasad ini
memiliki nafsu ammarah dan
berada di tingkatan iman taqlid
atau iman ilmu.
Firman Allah SWT :
“Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu ambil menjadi
teman kepercayaanmu orang-
orang yang di luar kalanganmu
(kerana) mereka tidak henti-
hentinya (menimbulkan)
kemudaratan kepadamu. Mereka
menyukai apa yang
menyusahkanmu. Telah nyata
kebencian daripada mulut mereka,
dan apa yang disembunyikan hati
mereka lebih besar lagi.
Sesungguhnya telah Kami
terangkan kepadamu ayat-ayat
(Kami), jika kamu
memahaminya. ” (Ali-Imran: 118)
Bagaimana hendak
berhadapan dengan musuh
dari kalangan mukmin yang
hasad ini ?
Cara untuk berhadapan dengan
kejahatan yang dilahirkan oleh
manusia muslim yang hasad
dengki ialah dengan berbuat baik
kepada orang yang berbuat jahat
kepada kita. Dalam kitab
dibahaskan empat cara iaitu :
1. Membalas kejahatan dengan
kejahatan. Cara ini lebih baik
ditinggalkan kerana ia akan
menyebabkan perpecahan.
Seorang mumin yang hasad,
sikap hasad itu menyemai
benih perpecahan, dan
perpecahan melemahkan
kekuatan lantas
menghancurkan dasar
keimanan kerana Rasulullah
SAW ada memberi peringatan :
“Hasad akan memakan
kebaikan seperti api memakan
sekam ” . Andainya cara
pertama ini yang kita pilih
untuk memerangi mukmin
yang hasad, hakikatnya kita
sendiri saling tidak tumpah,
sama sahaja dengan mukmin
yang hasad tersebut.
2. Berlaku diam, iaitu tidak
membalas kejahatannya. Ini
susah dilaksanakan kerana ia
memerlukan mujahadatunnafsi
dan sifat sabar. Dan ingatlah,
sabar adalah sifat yang dimiliki
oleh golongan bighairi hisab di
yaumil mahsyar nanti.
3. Kejahatannya dibalas dengan
kebaikan. Pelaksanaannya amat
sukar sekali diibaratkan seperti
mencabut nyawa dari badan.
Tahap kesabaran yang lebih
tinggi dari kaedah kedua di
atas. Cuba bayangkan, orang
mendatangkan kepayahan
kepada kita, tetapi kita balas
dengan senyuman kepadanya.
Mampukah kita lakukan ? Dan
dalam pendekatan perjuangan
Islam, dalam memberi kebaikan
dalam membalas kejahatan
yang dilakukan, seorang Muslim
hendaklah menyampaikan
seruan dakwah secara
berhikmah dan berakhlak
kepada mereka yang berbuat
jahat. Seru mereka, didik
mereka, dakwah mereka, ke
arah iman dan akhlak Islamiah.
Dan inilah sebaik-baik cara
kerana tingatannya lebih tinggi
dari kaedah kedua.
4. Mendoakan mereka agar
dipimpin Allah ke arah
keinsafan dan iman.
Antara keempat-empat cara
memerangi orang mukmin yang
hasad, hindarilah kaedah yang
pertama. Dan sebaik-baik cara
berhadapan dengan mereka ialah
kaedah ketiga dan keempat. Kita
balas kejahatan yang mereka
lakukan dengan kebaikan. Antara
kebaikan yang boleh ita lakukan
ialah dengan memberi nasihat
kepada mereka. Dengan memberi
ilmu kepada mereka. Dengan
membantu mereka beramal
dengan ilmu mereka.Dan lainlain
kebajikan yang mampu kita
berikan sebagai khidmat kita
kepada mereka atas jalan iman
dan taqwa. Lantas, kita berdoa
kepada Allah agar mereka dan diri
kita serta seluruh umat Islam
diberikan ampunan dan kekuatan
dalam beribadah kepada NYA.
Musuh mukmin yang kedua
ialah orang munafik. Golongan
Munafik adalah golongan yang
menzahirkan diri sebagai Muslim
sambil menyembunyikan
kekafiran mereka. Mereka boleh
memperkatakan tentang Islam,
mereka alim dan arif tentang ilmu-
ilmu Islam, mereka petah dan
lancar membicarakan dan
membahaskan hal ehwal Islam,
tetapi disebalik penzahiran Islam
mereka, terkandung agenda untuk
merosakkan dan menyesatkan
umat Islam. Kaum munafik ini
diibaratkan bagai "musang
berbulu ayam" atau "musuh dalam
selimu". Mereka menzahirkan
keislaman mereka, lantas kita
sukar untuk mengenali mereka
melainkan perkhabaran yang
datangnya dari Rasulullah SAW
serta tanda-tanda yang disebut di
dalam Al Quran. Firman Allah dalam
Surah Al Munafiqun ayat 1 hingga
6 :
إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ
قَالُواْ نَشۡہَدُ إِنَّكَ
لَرَسُولُ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ
يَعۡلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ ۥ
وَٱللَّهُ يَشۡہَدُ إِنَّ
ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ لَكَـٰذِبُونَ
)١ ( ٱتَّخَذُوٓاْ أَيۡمَـٰنَہُمۡ
جُنَّةً۬ فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ
ٱللَّهِۚ إِنَّہُمۡ سَآءَ مَا
كَانُواْ يَعۡمَلُونَ )٢ ( ذَٲلِكَ
بِأَنَّہُمۡ ءَامَنُواْ ثُمَّ
كَفَرُواْ فَطُبِعَ عَلَىٰ
قُلُوبِہِمۡ فَهُمۡ لَا
يَفۡقَهُونَ )٣ ( ۞ وَإِذَا
رَأَيۡتَهُمۡ تُعۡجِبُكَ
أَجۡسَامُهُمۡۖ وَإِن يَقُولُواْ
تَسۡمَعۡ لِقَوۡلِهِمۡۖ
كَأَنَّہُمۡ خُشُبٌ۬
مُّسَنَّدَةٌ۬ۖ يَحۡسَبُونَ
كُلَّ صَيۡحَةٍ عَلَيۡہِمۡۚ هُمُ
ٱلۡعَدُوُّ فَٱحۡذَرۡهُمۡۚ
قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ
يُؤۡفَكُونَ )٤ ( وَإِذَا قِيلَ
لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ يَسۡتَغۡفِرۡ
لَكُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ
لَوَّوۡاْ رُءُوسَهُمۡ
وَرَأَيۡتَهُمۡ يَصُدُّونَ وَهُم
مُّسۡتَكۡبِرُونَ )٥ ( سَوَآءٌ
عَلَيۡهِمۡ أَسۡتَغۡفَرۡتَ
لَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تَسۡتَغۡفِرۡ
لَهُمۡ لَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ
لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا
يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ
ٱلۡفَـٰسِقِينَ )٦ )
Apabila orang-orang munafik
datang kepadamu (wahai
Muhammad), mereka berkata:
Kami mengakui bahawa
sesungguhnya engkau sebenar-
benarnya Rasul Allah dan Allah
sememangnya mengetahui
bahawa engkau ialah RasulNya,
serta Allah menyaksikan bahawa
sesungguhnya pengakuan mereka
adalah dusta. (1) Mereka
menjadikan sumpahnya (atau
akuannya) sebagai perisai (untuk
menyelamatkan dirinya dan harta
bendanya daripada dibunuh atau
dirampas), lalu mereka
menghalang (dirinya dan orang
lain) dari menurut jalan Allah.
Sesungguhnya amatlah buruk apa
yang mereka telah kerjakan. (2)
(Perbuatan buruk) yang demikian
kerana mereka mengaku beriman
(di hadapan orang-orang Islam)
kemudian mereka tetap kafir
sesama sendiri, maka dengan
sebab itu dimeteraikan atas hati
mereka; lalu mereka tidak dapat
memahami (yang mana benar dan
yang mana salah). (3) Dan apabila
engkau melihat mereka, engkau
tertarik hati oleh tubuh badan
mereka (dan kelakuannya) dan
apabila mereka berkata-kata,
engkau juga (tertarik hati)
mendengar tutur katanya (kerana
manis dan petah sekalipun
kosong). (Dalam pada itu) mereka
adalah seperti batang-batang
kayu yang tersandar (tidak
terpakai kerana tidak ada padanya
kekuatan yang dikehendaki).
Mereka (kerana merasai bersalah,
sentiasa dalam keadaan cemas
sehingga) menyangka tiap-tiap
jeritan (atau riuh rendah yang
mereka dengar) adalah untuk
membahayakan mereka. Mereka
itulah musuh yang sebenar-
benarnya maka berjaga-jagalah
engkau terhadap mereka. Semoga
Allah membinasa dan
menyingkirkan mereka dari
rahmatNya. (Pelik sungguh!)
Bagaimana mereka dipalingkan
(oleh hawa nafsunya dari
kebenaran)? (4) Dan apabila
dikatakan kepada mereka: Marilah
(bertaubat) supaya Rasulullah
meminta ampun (kepada Allah)
untuk kamu, mereka (enggan
sambil) menggeleng-gelengkan
kepalanya dan engkau melihat
mereka berpaling (dari bertaubat)
serta mereka berlaku sombong
angkuh. (5) (Tidak ada faedahnya)
kepada mereka, samada engkau
meminta ampun untuk mereka
atau engkau tidak meminta
ampun, Allah tidak sekali-kali akan
mengampunkan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak
memberi hidayat petunjuk kepada
kaum yang fasik. (6)
Golongan ketiga ialah
golongan kafir harbi, iaitu
kafir yang memusuhi dan
memerangi.
Golongan kafir. Mereka terbahagi
kepada 2 kumpulan iaitu:
a. Kafir Harbi – iaitu mereka
yang menzahirkan permusuhan
terhadap umat Islam samada
seperti menyerang, membunuh,
menyiksa, menekan, dan
sebagainya. Sebagai contoh,
golongan Yahudi Zionis yang
menyerang umat Islam di Palestin.
b. Kafir dzimmi – iaitu golongan
kafir yang tidak menzahirkan
permusuhan dengan umat Islam
samada yang tinggal bersama
umat Islam ataupun yang
mendiami Negara yang
berasingan dan tidak memusuhi
umat Islam secara jelas. Mereka ini
mengamalkan sikap perdamaian
dan toleransi sesama umat
Islam. Maka umat Islam disaran
untuk menjalinkan hubungan baik,
saling hormat menghormati,
bantu-membantu disamping
menyampaikan seruan dakwah
kepada mereka. Andainya dalam
sesebuah negara Islam, maka
kebajikan dan keselamatan kafir
dzimmi ini hendaklah dijaga dan
pertahankan oleh pemerintah
Islam dari dicabul haq mereka.
Bagi kafir harbi, mereka akan
memerangi bukan sahaja umat
Islam, malah mereka juga
memerangi kafir dzimmi. Cara
mereka memerangi tak
semestinya melalui senjata
api.Tetapi melalui pelabagai sudut
dan elemen cara hidup. Mereka
memerangi kita melalui
pendidikan. Sekolah-sekolah
mereka menafikan
kebenaran Islam. Mereka
memerangi kita melalui
kebudayaan, mereka galakkan
pergaulan bebas. Mereka perangi
kita melalui kesihatan, anak-anak
umat Islam yang dilahirkan
didendangkan dengan lagu-lagu
gereja. Mereka perangi kita
dengan ekonomi berlandaskan
riba'. Mereka perangi kita dengan
media cetak dan media elektronik
yang dengan majalah-majalah
lucah dan merosakkan akhlak
remaja. Mereka perangi kita
dengan pelbagai cara dan
elemen.Yang penting umat Islam
hancur binasa. Lantaran itu maka
rosaklah akhlak umat Islam.
Bagaimana hendak
menghadapi golongan kedua
(munafik) dan golongan
ketiga (kafir harbi) ini ?
Firman Allah SWT dalam Surah Al
Baqarah : 190 - 193 :
وَقَـٰتِلُواْ فِى سَبِيلِ
ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ
يُقَـٰتِلُونَكُمۡ وَلَا
تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا
يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ )١٩٠ (
وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ
ثَقِفۡتُمُوهُمۡ وَأَخۡرِجُوهُم
مِّنۡ حَيۡثُ أَخۡرَجُوكُمۡۚ
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ
ٱلۡقَتۡلِۚ وَلَا
تُقَـٰتِلُوهُمۡ عِندَ
ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ حَتَّىٰ
يُقَـٰتِلُوكُمۡ فِيهِۖ فَإِن
قَـٰتَلُوكُمۡ فَٱقۡتُلُوهُمۡۗ
كَذَٲلِكَ جَزَآءُ
ٱلۡكَـٰفِرِينَ )١٩١ ( فَإِنِ
ٱنتَہَوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ
غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ )١٩٢ (
وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا
تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَكُونَ
ٱلدِّينُ لِلَّهِۖ فَإِنِ
ٱنتَہَوۡاْ فَلَا عُدۡوَٲنَ
إِلَّا عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ
)١٩٣ )
Dan perangilah kerana
(menegakkan dan
mempertahankan) agama Allah
akan orang-orang yang
memerangi kamu dan janganlah
kamu melampaui batas (dengan
memulakan peperangan); kerana
sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang
melampaui batas.(190) Dan
bunuhlah mereka (musuh yang
memerangi kamu) di mana sahaja
kamu dapati mereka dan usirlah
mereka dari tempat yang mereka
telah mengusir kamu dan
(ingatlah bahawa angkara) fitnah
itu lebih besar bahayanya
daripada pembunuhan dan
janganlah kamu memerangi
mereka di sekitar Masjidilharam
sehingga mereka memerangi
kamu di situ. Oleh itu kalau mereka
memerangi kamu (di situ), maka
bunuhlah mereka. Demikianlah
balasan bagi orang-orang yang
kafir. (191) Kemudian jika mereka
berhenti memerangi kamu (maka
berhentilah kamu) kerana
sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (192) Dan perangilah
mereka sehingga tidak ada lagi
fitnah dan (sehingga) menjadilah
agama itu semata-mata kerana
Allah. Kemudian jika mereka
berhenti maka tidaklah ada
permusuhan lagi melainkan
terhadap orang-orang yang zalim.
(193) (Al Baqarah : 190-193)
Setiap serangan dari golongan
kafir harbi dan munafik ini, kita
balas serangan mereka
berdasarkan syariat dan kita
jangan melampaui batas. Orang
yang melampaui batas adalah
orang yang zalim. Berlaku zalim
bukan dari ajaran Islam.
Andainya kita diserang dengan
pendidikan musuh yang
meruntuhkan akhlak umat Islam
khususnya remaja. Maka serang
semula dengan mewujudkan
pendidikan Islam yang mengajar
umat Islam untuk rasa bertauhid
dan beribadah. Andainya kita
diserang dengan ekonomi riba ’
oleh musuh, maka serang semula
dengan mewujudkan ekonomi
Islam yang mampu menyebarkan
kekayaan Negara kepada seluruh
masyarakat dan menjadi tunjang
kea rah pembangunan Negara.
Andainya kita diserang dengan
kebudayaan kuning musuh yang
beterasakan pergaulan bebas
tanpa batasan, arak dan maksiat,
maka kita serang semula dengan
kebudayaan Islam dengan
menzahirkan syariat dalam
berhibur, berpakaian,
bermasyarakat dan sebagainya.
Andainya kita diserang dengan
makanan yang haram, maka kita
serang semula dengan
mewujudkan industry dan kilang
makanan halal.Andainya kita
diserang dengan sistem
perubatan kafir yang
menyebabkan maruah aurat kita
terdedah, maka kita wujudkan
sistem perubatan Islam yang
bukan saja menjaga maruah
pesakit, malah memberikan
rawatan dengan caj yang
setimpal. Dan begitulah
seterusnya. Jangan sesekali kita
melampaui batas dalam membalas
serangan musuh dari golongan
kedua dan ketiga.
Di sini letaknya peranan
membangun hablumminannas.
Hablumminannas adalah
hubungan sesama manusia. Di
dalamnya terangkum tuntutan
fardhu kifayah dalam membina
hubungan dan menjaga hal ehwal
sesama manusia, tak kira sama
ada manusia itu beragama Islam,
mahu pun bukan Islam. Andainya
tuntutan hablumminannas ini
tertunai, hakikatnya terjagalah
kebajikan umat Islam. Terlindung
dan terselamatlah kepentingan
dan maruah umat Islam. Kerana
umat Islam sudah tidak
bergantung lagi kepada kaum
munafik dan kafir harbi yang
sentiasa memusuhi Islam. Cuba
bayangkan andainya tuntutan
hablumminannas terlaksana.
Masyarakat kita ada sistem
pendidikan Islam dari peringkat
tadika sehingga universiti.
Masyarakat kita ada rangkaian
jaringan ekonomi dari peringkat
gerai kecil-kecilan atau kiosk,
membawa kepada mini market,
kepada supermarket, kepada
hypermarket, kepada import &
export. Masyarakat Islam kita
punyai industri kecil, sederhana,
dan besar dalam menghasilkan
produk-produk keperluan harian
umat Islam yang dijamin halalan
toyyiban. Masyarakat Islam
punyai hospital Islam
menyediakan kemudahan
rawatan dan perubatan
bersyariat. Masyarakat Islam
punyai stesen penyiaran sendiri
dalam menyalurkan informasi
Islam dan dakwah. Masyarakat
Islam punyai sistem kebudayaan
Islam yang memperomosi hiburan
cara Islam, berpakaian cara Islam,
berakhlak dan berinteraksi secara
Islam. Dan lain-lain lagi. Alangkah
indahnya. Waktu itu bukan sahaja
umat Islam mendapat manfaat
atas kedamaian dan ketenangan
yang terzahir, malah masyarakat
bukan Islam juga dapat
menumpang keamanan dan
perkhidmatan yang ada.
Tetapi
Andainya umat Islam gagal
membangunkan hablumminannas,
maka terhinalah mereka kerana
terpaksa bergantung hidup
dengan hasil dan produk keluaran
musuh-musuh Islam.
Firman Allah SWT dalam Al Imran :
112 :
ضُرِبَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلذِّلَّةُ
أَيۡنَ مَا ثُقِفُوٓاْ إِلَّا
بِحَبۡلٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ
وَحَبۡلٍ۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ
وَبَآءُو بِغَضَبٍ۬ مِّنَ
ٱللَّهِ وَضُرِبَتۡ عَلَيۡہِمُ
ٱلۡمَسۡكَنَةُۚ ذَٲلِكَ
بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ
يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ
ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ
ٱلۡأَنۢبِيَآءَ بِغَيۡرِ
حَقٍّ۬ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ
وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ )١١٢ )
Mereka ditimpakan kehinaan
(dari segala jurusan) di mana
sahaja mereka berada, kecuali
dengan adanya sebab dari
Allah dan adanya sebab dari
manusia dan sudah sepatutnya
mereka beroleh kemurkaan dari
Allah dan mereka ditimpakan
kemiskinan (dari segala jurusan).
Yang demikian itu disebabkan
mereka sentiasa kufur ingkar akan
ayat-ayat Allah (perintah-
perintahNya) dan mereka
membunuh Nabi-nabi dengan
tiada alasan yang benar.
Semuanya itu disebabkan mereka
derhaka dan mereka sentiasa
mencerobohi (hukum-hukum
Allah).
Selasa, 28 September 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar