data:post.id'>
Dalil pertama:
Daripada Ma’qil B. Yasar
radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda:
لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد
خير من أن يمس امرأة لا تحل له
Terjemahan: Sekiranya kepala
salah seorang daripada kamu
ditusuk dengan jarum besi, itu
adalah lebih baik bagi kamu
daripada kamu menyentuh wanita
yang tidak halal bagi kamu. (Hadis
Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-
Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)
Takhrij: Hadis Riwayat ath-
Thabrani, Mu ’jam al-Kabir,
20/211-212, no. 486 & 487. Al-
Haitsami berkata: Para perawinya
adalah perawi yang sahih. Imam
al-Mundziri berkata: para perawi
ath-Thabrani adalah tsiqah dan
termasuk para perawi yang sahih.
Disahihkan oleh Syaikh al-Albani,
as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447, no.
226.
Juga diriwayatkan oleh ar-
Ruwaiyani, al-Musnad, 2/227 dari
jalur Nashr B. ‘Ali, beliau berkata:
“Ayahku menceritakan kepada
kami, Syadad B. Sa’id telah
menceritakan kepada kami,
daripada Abu al-Alla ’, beliau
berkata, Ma’qil B. Yasar telah
menceritakan kepadaku secara
marfu ’... (hadis di atas).”
Syaikh al-Albani berkata tentang
sanad hadis ini (riwayat ar-
Ruwaiyani): Ini adalah sanad yang
bagus (jayyid). Semua perawinya
tsiqah dan termasuk para perawi
al-Bukhari dan Muslim, kecuali
Syaddad B. Sa’id yang hanya
merupakan perawi Imam Muslim
sahaja. Ada sedikit komentar
terhadapnya yang tidak boleh
menurunkannya dari status hasan.
Dengan sebab itu, Imam Muslim
hanya meriwayatkan daripadanya
sebagai syawahid. Adz-Dzahabi
mengatakan dalam al-Mizan
sebagai Sholihul hadis (hadis yang
bagus). Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata
di dalam at-Taqrib sebagai Shoduq
yukhthi (jujur namun sering
tersilap). (Rujuk: al-Albani, as-
Silsilah ash-Shohihah, 1/447)
Penjelasan:
Syaikh al-Albani rahimahullah
berkata:
و في الحديث وعيد شديد لمن مس
امرأة لا تحل له ، ففيه دليل على
تحريم مصافحة النساء لأن ذلك مما
يشمله المس دون شك ، و قد بلي بها
كثير من المسلمين في هذا العصر و
فيهم بعض أهل العلم ، و لو أنهم
استنكروا ذلك بقلوبهم ، لهان
الخطب بعض الشيء ، و لكنهم يستحلون
ذلك ، بشتى الطرق و التأويلات
Terjemahan: Pada hadis ini
terdapat ancaman yang keras
(tegas) kepada sesiapa sahaja
yang menyentuh wanita
ajnabiyah (yang bukan mahram).
Padanya juga terdapat dalil atas
haramnya bersalaman
(mushofahah) dengan wanita.
Sebab itu, tidak diragukan bahawa
bersalaman itu mengandungi
unsur bersentuhan. Pada masa ini,
umat Islam banyak diuji dengan
situasi ini, dan di antara mereka
adalah dari kalangan ahli ilmu.
Sekiranya mereka mengingkari
perkara tersebut dengan hati
mereka, tentu ada sedikit
kemudahan untuk menasihati
mereka. Tetapi sayangnya, mereka
menghalalkan perkara tersebut
dengan pelbagai cara (jalan) dan
takwilan (penafsiran). (Rujuk: al-
Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-
Kamilah, 1/225)
Dalil Kedua:
Daripada Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam bersabda:
كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ
نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا
مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ
فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا
النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ
زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ
وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ
وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ
وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا
وَالْقَلْبُ يَهْوَى
وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ
الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
Terjemahan: Persoalan anak Adam
berkaitan zina telah ditentukan.
Tidak mustahil, ia pasti
melakukannya. Dua mata berzina
dengan melihat, dua telinga
berzina dengan mendengar, lidah
berzina dengan berkata-kata,
tangan berzina dengan
menyentuh, kaki berzina dengan
melangkah, hati berzina dengan
angan-angan (kehendak), dan
kemaluanlah yang akan
membenarkan (merealisasikan)
atau mendustakan semua itu.
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih
Muslim, 13/125, no. 4802)
Kaedah pengambilan dalil adalah
dari perkataan:
وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ
... dan tangan berzina dengan
menyentuh. (Dari hadis di atas)
Dalam riwayat Ahmad disebutkan:
وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ
... dan tangan berzina dengan
menyentuh.
Dalam riwayat Ibnu Hibban juga
disebutkan:
وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ
... dan tangan berzina dengan
menyentuh.
Imam an-Nawawi rahimahullah
menjelaskan:
معنى الحديث أن بن آدم قدر عليه
نصيب من الزنى فمنهم من يكون زناه
حقيقيا بادخال الفرج في الفرج
الحرام ومنهم من يكون زناه مجازا
بالنظر الحرام اوالاستماع إلى
الزنى وما يتعلق بتحصيله او بالمس
باليد بأن يمس أجنبية بيده او
يقبلها او بالمشي بالرجل إلى
الزنى اوالنظر او اللمس او الحديث
الحرام مع اجنبية ونحو ذلك او
بالفكر بالقلب
Makna hadis di atas adalah
bahawa setiap anak Adam itu
ditakdirkan untuk melakukan
perbuatan zina. Di antara mereka
ada yang melakukan zina dengan
sebenar-benarnya, iaitu dengan
memasukkan kemaluannya ke
dalam kemaluan wanita secara
haram. Di antara mereka ada yang
zinanya secara majaz (kiasan),
iaitu dengan melihat perkara-
perkara yang haram, atau dengan
mendengar sesuatu yang
mengajak kepada perzinaan dan
usaha-usaha untuk melakukan
kepada zina, atau dengan
sentuhan tangan, atau menyentuh
wanita ajnabiyah (yang bukan
mahram) dengan tangannya, atau
menciumnya. Atau dengan
melangkah kaki menuju tempat
perzinaan, melihat, menyentuh,
atau berkata-kata dengan cara
yang haram bersama dengan
wanita ajnabiyah (yang bukan
mahram), atau berangan-angan
(imaginasi/berniat) dengan
hatinya. (an-Nawawi, al-Minhaj
Syarah Shohih Muslim, 16/206)
Dalil ketiga:
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
tidak pernah bersalaman dengan
wanita yang tidak halal baginya
walaupun dalam peristiwa bai ’at.
Daripada ‘Aisyah radhiyallahu
‘anhu, beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ
النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ
بِهَذِهِ الْآيَةِ } لَا
يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا {
قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ
امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً
يَمْلِكُهَا
Terjemahan: Bahawasanya Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
berbai’at dengan kaum wanita
secara lisan (tanpa bersalaman)
untuk ayat “Janganlah kamu
mensyirikkan Allah dengan segala
sesuatu ”. Dan tangan Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak
pernah menyentuh tangan wanita
melainkan wanita yang
dimilikinya. (Hadis Riwayat al-
Bukhari, Shohih al-Bukhari,
22/160, no. 6674)
Juga melalui hadis ini:
وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ
يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي
الْمُبَايَعَةِ مَا
يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا
بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ
عَلَى ذَلِكِ
Terjemahan: Tidak, demi Allah,
tidak pernah walau sekali pun
tangannya (tangan Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam)
menyentuh tangan seorang
wanita ketika melakukan bai'at.
Beliau tidak membai'at para
wanita melainkan hanya dengan
mengatakan: “Aku telah menerima
bai'at kamu untuk perkara-
perkara tersebut. ”. (Hadis Riwayat
al-Bukhari, Shohih al-Bukhari,
15/165, no. 4512)
Daripada Umaimah Binti Ruqaiqah,
ia menyatakan:
أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم
في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في
القرآن: } أَنْ لا يُشْرِكْنَ
بِاللَّهِ شَيْئًا { الآية، وقال:
"فيما استطعتن وأطقتن"، قلنا: الله
ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا:
يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال
"إني لا أصافح النساء، إنما قولي
لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة
Terjemahan: Aku pernah berjumpa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam bersama beebrapa orang
wanita untuk berbai ’at kepada
beliau. Maka beliau pun membai’at
kami dengan apa yang terdapat di
dalam al-Qur ’an, iaitu kami tidak
boleh mensyirikkan Allah dengan
segala sesuatu. Lalu beliau
bersabda, “Iaitu berkenaan
dengan apa yang kamu mampu
dan sanggupi. ”
Maka kami pun berkata, “Allah dan
Rasul-Nya yang lebih menyayangi
kami daripada diri kami sendiri. ”
Seterusnya kami mengatakan,
“ Wahai Rasulullah, tidakkah kita
perlu bersalaman?”
Beliau menjawab, “Sesungguhnya
aku tidak bersalaman dengan
wanita. Ucapanku kepada seorang
wanita bersamaan dengan untuk
seratus orang wanita. ” (Hadis
Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad,
44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh
Syu ’aib al-Arnauth: Isnadnya
sahih, perawinya tsiqah daripada
perawi syaikhain (al-Bukhari &
Muslim) kecuali Umaimah Binti
Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir
berkata di dalam tafsirnya, 8/96:
Sanad hadis ini sahih,
diriwayatkan juga oleh at-
Tirmidzi, an-Nasaa ’i, dan Ibnu
Majah daripada hadits Sufyan B.
‘ Uyainah. Juga diriwayatkan oleh
an-Nasaa’i daripada hadits ats-
Tsauri dan Malik B. Anas.
Semuanya bersumberkan daripada
Muhammad B. Al-Munkadir. At-
Tirmidzi menyatakan: Hadis ini
hasan sahih)
Syaikh Muhammad al-Amin asy-
Syanqithi rahimahullah berkata di
dalam tafsirnya:
أن النبيّ صلى الله عليه وسلم ثبت
عنه أنّه قال: "إني لا أصافح
النساء"، الحديث. واللَّه يقول:
}لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ
اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ { ،
فيلزمنا ألاّ نصافح النساء اقتداء
به صلى الله عليه وسلم، ... وكونه
صلى الله عليه وسلم لا يصافح
النساء وقت البيعة دليل واضح على
أن الرجل لا يصافح المرأة، ولا
يمسّ شىء من بدنه شيئًا من بدنها؛
لأن أخفّ أنواع اللّمس المصافحة،
فإذا امتنع منها صلى الله عليه
وسلم في الوقت الذي يقتضيها وهو
وقت المبايعة، دلَّ ذلك على أنها
لا تجوز، وليس لأحد مخالفته صلى
الله عليه وسلم، لأنه هو المشرع
لأُمّته بأقواله وأفعاله وتقريره
Terjemahan: Bahawasanya telah
tsabit daripada Nabi Shallallahu
‘ alaihiw a Sallam, beliau berkata,
“Sesungguhnya aku tidak pernah
bersalaman dengan kaum wanita.”
Dan Allah telah berfirman:
“ Sesungguhnya telah ada pada
diri Rasulullah itu contoh tauladan
yang baik. ”. Dengan itu, demi
untuk mencontohi/mengikuti
beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,
maka kita tidak bersalaman
tangan dengan wanita ajnabiyah...
dan sikap beliau Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam yang tidak bersalaman
tangan dengan wanita di ketika
melakukan bai ’ah adalah
merupakan dalil yang sangat jelas
bahawa seseorang lelaki tidak
boleh bersalaman tangan dengan
wanita yang bukan mahramnya
dan tidak dibenarkan sama sekali
dari anggota badannya
menyentuhnya. Ini adalah ekrana
bentuk sentuhan yang paling
ringan adalah dengan bersalaman.
Apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam sendiri enggan untuk
bersalaman dengan wanita
ajnabiyah di ketika waktu-waktu
yang sangat diperlukan untuk
bersalaman iaitu di ketika waktu
berbai ’at, maka ini menunjukkan
bahawa bersalaman tangan
dengan kaum wanita ajnabiyah
itu adalah tidak dibenarkan.
Sesiapa pun tidak wajar untuk
menyelisihi beliau. Kerana beliau
adalah yang membawa/
menetapkan syari’at untuk umat
beliau sama ada dengan ucapan,
perbuatan, ataupun pembenaran
(taqrir). (al-Amin asy-Syanqitihi,
Adhwa ’ul Bayan fii Idhahal Qur’an
bil Qur’an, 6/256)
Beliau juga menyatakan:
وإنما أمر بغضّ البصر خوف الوقوع
في الفتنة، ولا شكّ أن مسّ البدن
للبدن، أقوى في إثارة الغريزة،
وأقوى داعيًا إلى الفتنة من النظر
بالعين، وكل منصف يعلم صحّة ذلك
Menundukkan pandangan (antara
lelaki dengan wanita) adalah
diwajibkan kerana dibimbangi
akan mengakibatkan kepada
fitnah. Tidak dinafikan bahawa
sentuhan anggota tubuh lelaki ke
tubuh wanita yang bukan
mahram adalah merupakan faktor
yang paling kuat untuk
membangkitkan naluri syahwat
dan pendorong yang paling kuat
menuju fitnah berbanding
pandangan mata. Setiap orang
yang normal memahami
kebenaran perkara ini...
أن ذلك ذريعة إلى التلذّذ
بالأجنبية، لقلّة تقوى اللَّه في
هذا الزمان وضياع الأمانة، وعدم
التورّع عن الريبة
Terjemahan: Bahawasanya ini
semua (bersalaman di antara lelaki
dengan wanita yang bukan
mahram) membawa kepada usaha
menikmatinya, disebabkan
berkurangnya sifat taqwa kepada
Allah di zaman ini, hilangnya sikap
amanah, dan kosongnya nilai
kehati-hatian. (al-Amin asy-
Syanqitihi, Adhwa ’ul Bayan fii
Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/257)
Pandangan Para Ulama
Bermazhab Syafi ’i:
Imam an-Nawawi rahimahullah
berkata:
أن كلام الأجنبية يباح سماعه عند
الحاجة وأن صوتها ليس بعورة وأنه
لايلمس بشرة الأجنبية من غير
ضرورة كتطبب وقصد وحجامة وقلع ضرس
وكحل عين ونحوها مما لا توجد امرأة
تفعله جاز للرجل الأجنبى فعله
للضرورة وفى قط خمس لغات
Perkataan (suara) wanita
ajnabiyah boleh kita dengari di
ketika ada keperluan dan
suaranya tidak termasuk aurat,
menyentuh kulit wanita ajnabiyah
tidak dibolehkan tanpa adanya
alasan darurat seperti sebab
perubatan, pendarahan, bekam,
mencabut gigi, dan seumpamanya,
di mana tiada wanita yang
sanggup melakukannya. Lelaki
yang bukan mahram dibenarkan
melakukannya disebabkan alasan
darurat tertentu. (Imam an-
Nawawi, Syarah Shohih Muslim,
13/10)
Beliau juga berkata:
حيث حرم النظر حرم المس بطريق
الأولى لأنه أبلغ لذة فيحرم
Terjemahan: Disebabkan melihat
wanita yang bukan mahram itu
diharamkan, sudah tentu
menyentuh kulitnya lebih
diharamkan lagi. Ini adalah kerana
menyentuh lebih mudah
membangkitkan syahwat. (Imam
an-Nawawi, Raudhatut Tholibin
wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani
rahimahullah berkata tentang
hadis pembai ’atan para wanita
kepada Rasulullah tanpa
bersalaman:
ومنع لمس بشرة الأجنبية من غير
ضرورة لذلك
Hadis tersebut mengandungi
penjelasan larangan menyentuh
wanita ajnabiyah (yang bukan
mahram) tanpa adanya alasan
darurat untuk menyentuhnya. (al-
Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari,
13/204)
Wallahu ‘alam...
Sumber: http://fiqh-
sunnah.blogspot.com/
Sekadar renungan pilihlah..
semoga bermanfaat.. ^_^
Katakanlah kepada orang laki-laki
yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan
memelihara kemaluannya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi
mereka, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka
perbuat
(An Nuur 24:30)
Katakanlah kepada wanita yang
beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan
kain kudung kedadanya, dan
janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada
suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau
putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka,
atau putera-putera saudara lelaki
mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita islam, atau budak-
budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang
tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak
yang belum mengerti tentang
aurat wanita. Dan janganlah
mereka memukulkan kakinyua
agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan. Dan
bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, hai orang-orang
yang beriman supaya kamu
beruntung.
(An Nuur 24:31)
Sabtu, 18 September 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar