data:post.id'>
Diriwayatkan bahawa surah Al-
Maaidah ayat 3 diturunkan pada
sesudah waktu asar yaitu pada
hari Jumaat di padang Arafah
pada musim haji penghabisan
[Wada']. Pada masa itu
Rasulullah s.a.w. berada di
Arafah di atas unta. Ketika ayat
ini turun Rasulullah s.a.w.
tidak begitu jelas
penerimaannya untuk
mengingati isi dan makna yang
terkandung dalam ayat tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w.
bersandar pada unta beliau, dan
unta beliau pun duduk perlahan-
lahan. Setelah itu turun malaikat
Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad,
sesungguhnya pada hari ini
telah disempurnakan urusan
agamamu, maka terputuslah apa
yang diperintahkan oleh Allah
s.w.t. dan demikian juga apa
yang terlarang olehnya. Oleh itu
kamu kumpulkan para
sahabatmu dan beritahu kepada
mereka bahawa hari ini adalah
hari terakhir aku bertemu
dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi
maka Rasulullah s.a.w. pun
berangkat ke Mekah dan terus
pergi ke Madinah. Setelah
Rasulullah s.a.w.
mengumpulkan para sahabat
beliau, maka Rasulullah s.a.w.
pun menceritakan apa yang
telah diberitahu oleh malaikat
Jibril a.s.. Apabila para sahabat
mendengar hal yang demikian
maka mereka pun gembira
sambil berkata: "Agama kita
telah sempurna. Agama kila telah
sempurna."
Apabila Abu Bakar ra.
mendengar keterangan
Rasulullah s.a.w. itu, maka ia
tidak dapat menahan
kesedihannya maka ia pun
kembali ke rumah lalu mengunci
pintu dan menangis sekuat-
kuatnya. Abu Bakar ra. menangis
dari pagi hingga ke malam. Kisah
tentang Abu Bakar ra. menangis
telah sampai kepada para
sahabat yang lain, maka
berkumpullah para sahabat di
depan rumah Abu Bakar ra. dan
mereka berkata: "Wahai Abu
Bakar, apakah yang telah
membuat kamu menangis
sehingga begini sekali
keadaanmu? Seharusnya kamu
merasa gembira sebab agama
kita telah sempuma."
Mendengarkan pertanyaan dari
para sahabat maka Abu Bakar ra.
pun berkata, "Wahai para
sahabatku, kamu semua tidak
tahu tentang musibah yang
menimpa kamu, tidakkah kamu
tahu bahawa apabila sesualu
perkara itu telah sempuma maka
akan kelihatanlah akan
kekurangannya. Dengan
turunnya ayat tersebut bahawa
ia menunjukkan perpisahan kita
dengan Rasulullah s.a.w..
Hasan dan Husin menjadi yatim
dan para isteri nabi menjadi
janda."
Selelah mereka mendengar
penjelasan dari Abu Bakar ra.
maka sadarlah mereka akan
kebenaran kata-kata Abu Bakar
ra., lalu mereka menangis
dengan sekuat-kuatnya.
Tangisan mereka telah didengar
oleh para sahabat yang lain,
maka mereka pun terus
memberitahu Rasulullah s.a.w.
tentang apa yang mereka lihat
itu. Berkata salah seorang dari
para sahabat, "Ya Rasulullah
s.a.w., kami baru kembali dari
rumah Abu Bakar ra. dan kami
dapati banyak orang menangis
dengan suara yang kuat di
depan rumah beliau." Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar
keterangan dari para sahabat,
maka berubahlah muka
Rasulullah s.a.w. dan dengan
bergegas beliau menuju ke
rumah Abu Bakar ra.. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di
rumah Abu Bakar ra. maka
Rasulullah s.a.w. melihat
kesemua mereka yang menangis
dan bertanya, "Wahai para
sahabatku, kenapakah kamu
semua menangis?." Kemudian Ali
ra. berkata, "Ya Rasulullah
s.a.w., Abu Bakar ra.
mengatakan dengan turunnya
ayat ini membawa tanda bahwa
waktu wafatmu telah dekat.
Adakah ini benar ya
Rasulullah?." Lalu Rasulullah
s.a.w. berkata: "Semua yang
dikatakan oleh Abu Bakar ra.
adalah benar, dan sesungguhnya
waktu untuk aku meninggalkan
kamu semua telah dekat".
Setelah Abu Bakar ra. mendengar
pengakuan Rasulullah s.a.w.,
maka ia pun menangis sekuat
tenaganya sehingga ia jatuh
pingsan. Sementara 'Ukasyah ra.
berkata kepada Rasulullah
s.a.w., 'Ya Rasulullah, waktu
itu saya anda pukul pada tulang
rusuk saya. Oleh itu saya hendak
tahu apakah anda sengaja
memukul saya atau hendak
memukul unta baginda."
Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai 'Ukasyah, Rasulullah
s.a.w. sengaja memukul kamu."
Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata kepada Bilal ra., "Wahai
Bilal, kamu pergi ke rumah
Fathimah dan ambilkan
tongkatku ke mari." Bilal keluar
dari masjid menuju ke rumah
Fathimah sambil meletakkan
tangannya di atas kepala
dengan berkata, " Rasulullah
telah menyediakan dirinya
untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah
Fathimah maka Bilal pun
memberi salam dan mengetuk
pintu. Kemudian Fathimah ra.
menyahut dengan berkata:
"Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra.
berkata: "Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh Rasulullah
s.a.w. untuk mengambil tongkat
beliau. "Kemudian Fathimah ra.
berkata: "Wahai Bilal, untuk apa
ayahku minta tongkatnya."
Berkata Bilal ra.: "Wahai
Fathimah, Rasulullah s.a.w.
telah menyediakan dirinya
untuk diqishash." Bertanya
Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal,
siapakah manusia yang sampai
hatinya untuk menqishash
Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra.
tidak menjawab pertanyaan
Fathimah ra., Setelah Fathimah
ra. memberikan tongkat
tersebut, maka Bilal pun
membawa tongkat itu kepada
Rasulullah s.a.w. Setelah
Rasulullah s.a.w. menerima
tongkat tersebut dari Bilal ra.
maka beliau pun menyerahkan
kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian
maka Abu Bakar ra. dan Umar ra.
tampil ke depan sambil berkata:
"Wahai 'Ukasyah, janganlah
kamu qishash Rasulullah s.a.w.
tetapi kamu qishashlah kami
berdua." Apabila Rasulullah
s.a.w. mendengar kata-kata Abu
Bakar ra. dan Umar ra. maka
dengan segera beliau berkata:
"Wahai Abu Bakar, Umar
duduklah kamu berdua,
sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menetapkan tempatnya untuk
kamu berdua." Kemudian Ali ra.
bangun, lalu berkata, "Wahai
'Ukasyah! Aku adalah orang
yang senantiasa berada di
samping Rasulullah s.a.w. oleh
itu kamu pukullah aku dan
janganlah kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Lalu
Rasulullah s.a.w. berkata,
"Wahai Ali duduklah kamu,
sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menetapkan tempatmu dan
mengetahui isi hatimu." Setelah
itu Hasan dan Husin bangun
dengan berkata: "Wahai
'Ukasyah, bukankah kamu tidak
tahu bahwa kami ini adalah cucu
Rasulullah s.a.w., kalau kamu
menqishash kami sama dengan
kamu menqishash Rasulullah
s.a.w." Mendengar kata-kata
cucunya Rasulullah s.a.w. pun
berkata, "Wahai buah hatiku
duduklah kamu berdua." Berkata
Rasulullah s.a.w. "Wahai
'Ukasyah pukullah saya kalau
kamu hendak memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya
Rasulullah s.a.w., anda telah
memukul saya sewaktu saya
tidak memakai baju." Maka
Rasulullah s.a.w. pun
membuka baju. Setelah
Rasulullah s.a.w. membuka
baju maka menangislah semua
yang hadir. Setelah 'Ukasyah
melihat tubuh Rasulullah s.a.w.
maka ia pun mencium beliau dan
berkata, "Saya tebus anda
dengan jiwa saya ya Rasulullah
s.a.w., siapakah yang sanggup
memukul anda. Saya melakukan
begini adalah sebab saya ingin
menyentuh badan anda yang
dimuliakan oleh Allah s.w.t.
dengan badan saya. Dan Allah
s.w.t. menjaga saya dari neraka
dengan kehormatanmu"
Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata, "Dengarlah kamu
sekalian, sekiranya kamu hendak
melihat ahli syurga, inilah
orangnya." Kemudian semua
para jemaah bersalam-salaman
atas kegembiraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat
genting itu. Setelah itu para
jemaah pun berkata, "Wahai
'Ukasyah, inilah keuntungan
yang paling besar bagimu,
engkau telah memperolehi darjat
yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah s.a.w. di dalam
syurga."
Apabila ajal Rasulullah s.a.w.
makin dekat maka beliau pun
memanggil para sahabat ke
rumah Aisyah ra. dan beliau
berkata: "Selamat datang kamu
semua semoga Allah s.w.t.
mengasihi kamu semua, saya
berwasiat kepada kamu semua
agar kamu semua bertaqwa
kepada Allah s.w.t. dan
mentaati segala perintahnya.
Sesungguhnya hari perpisahan
antara saya dengan kamu semua
hampir dekat, dan dekat pula
saat kembalinya seorang hamba
kepada Allah s.w.t. dan
menempatkannya di syurga.
Kalau telah sampai ajalku maka
hendaklah Ali yang
memandikanku, Fadhl bin Abbas
hendaklah menuangkan air dan
Usamah bin Zaid hendaklah
menolong keduanya. Setelah itu
kamu kafanilah aku dengan
pakaianku sendiri apabila kamu
semua menghendaki, atau
kafanilah aku dengan kain
Yaman yang putih. Apabila kamu
memandikan aku, maka
hendaklah kamu letakkan aku di
atas balai tempat tidurku dalam
rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar
meninggalkan aku. Pertama
yang akan mensolatkan aku
ialah Allah s.w.t., kemudian
yang akan mensolat aku ialah
Jibril a.s., kemudian diikuti oleh
malaikat Israfil, malaikat Mikail,
dan yang akhir sekali malaikat
lzrail berserta dengan semua
para pembantunya. Setelah itu
baru kamu semua masuk
bergantian secara berkelompok
bersolat ke atasku."
Setelah para sahabat mendengar
ucapan yang sungguh menyayat
hati itu maka mereka pun
menangis dengan nada yang
keras dan berkata, "Ya
Rasulullah s.a.w. anda adalah
seorang Rasul yang diutus
kepada kami dan untuk semua,
yang mana selama ini anda
memberi kekuatan dalam
penemuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan
perkara kami. Apabila anda
sudah tiada nanti kepada
siapakah akan kami tanya setiap
persoalan yang timbul nanti?."
Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata, "Dengarlah para
sahabatku, aku tinggalkan
kepada kamu semua jalan yang
benar dan jalan yang terang, dan
telah aku tinggalkan kepada
kamu semua dua penasihat yang
satu daripadanya pandai bicara
dan yang satu lagi diam sahaja.
Yang pandai bicara itu ialah Al-
Quran dan yang diam itu ialah
maut. Apabila ada sesuatu
persoalan yang rumit di antara
kamu, maka hendaklah kamu
semua kembali kepada Al-Quran
dan Hadis-ku dan sekiranya
hati kamu itu berkeras maka
lembutkan dia dengan
mengambil pelajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w.
berkata demikian, maka sakit
Rasulullah s.a.w. bermula.
Dalam bulan safar Rasulullah
s.a.w. sakit selama 18 hari dan
sering diziaiahi oleh para
sahabat. Dalam sebuah kitab
diterangkan bahawa Rasulullah
s.a.w. diutus pada hari Isnin
dan wafat pada hari Isnin. Pada
hari Isnin penyakit Rasulullah
s.a.w. bertambah berat, setelah
Bilal ra. menyelesaikan azan
subuh, maka Bilal ra. pun pergi
ke rumah Rasulullah s.a.w..
Sesampainya Bilal ra. di rumah
Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra.
pun memberi salam,
"Assalaarnualaika ya
Rasulullah." Lalu dijawab oleh
Fathimah ra., "Rasulullah s.a.w.
masih sibuk dengan urusan
beliau." Setelah Bilal ra.
mendengar penjelasan dari
Fathimah ra. maka Bilal ra. pun
kembali ke masjid tanpa
memahami kata-kata Fathimah
ra. itu. Apabila waktu subuh
hampir hendak lupus, lalu Bilal
pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi
salam seperti permulaan tadi,
kali ini salam Bilal ra. telah di
dengar oleh Rasulullah s.a.w.
dan Rasulullah s.a.w. berkata,
"Masuklah wahai Bilal,
sesungguhnya penyakitku ini
semakin berat, oleh itu kamu
suruhlah Abu Bakar
mengimamkan solat subuh
berjemaah dengan mereka yang
hadir." Setelah mendengar kata-
kata Rasulullah s.a.w. maka
Bilal ra. pun berjalan menuju ke
masjid sambil meletakkan
tangan di atas kepala dengan
berkata: "Aduh musibah."
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid
maka Bilal ra. pun memberitahu
Abu Bakar tentang apa yang
telah Rasulullah s.a.w. katakan
kepadanya. Abu Bakar ra. tidak
dapat menahan dirinya apabila
ia melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu
Bakar ra. menangis sehingga ia
jatuh pingsan. Melihatkan
peristiwa ini maka riuh rendah
tangisan sahabat dalam masjid,
sehingga Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fathimah ra.;
"Wahai Fathimah apakah yang
telah berlaku?." Maka Fathimah
ra. pun berkata: "Kekecohan
kaum muslimin, sebab anda
tidak pergi ke masjid." Kemudian
Rasulullah s.a.w. memanggil Ali
ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu
Rasulullah s.a.w. bersandar
kepada kedua mereka dan terus
pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di
masjid maka Rasulullah s.a.w.
pun bersolat subuh bersama
dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata,
"Wahai kaum muslimin, kamu
semua senantiasa dalam
pertolongan dan pemeliharaan
Allah s.w.t., oleh itu hendaklah
kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mengerjakan
segala perintahnya.
Sesungguhnya aku akan
meninggalkan dunia ini dan
kamu semua, dan hari ini adalah
hari pertama aku di akhirat dan
hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkata demikian maka
Rasulullah s.a.w. pun pulang
ke rumah beliau. Kemudian Allah
s.w.t. mewahyukan kepada
malaikat lzrail a.s., "Wahai lzrail,
pergilah kamu kepada kekasihku
dengan sebaik-baik rupa, dan
apabila kamu hendak mencabut
ruhnya maka hendaklah kamu
melakukan dengan cara yang
paling lembut sekali. Apabila
kamu pergi ke rumahnya maka
minta izinlah terlebih dahulu,
kalau ia izinkan kamu masuk,
maka masuklah kamu ke
rumahnya dan kalau ia tidak
mengizinkan kamu masuk maka
hendaklah kamu kembali
padaku."
Setelah malaikat lzrail mendapat
perintah dari Allah s.w.t. maka
malaikal lzrail pun turun dengan
menyerupai orang Arab Badwi.
Setelah malaikat lzrail sampai di
depan rumah Rasulullah s.a.w.
maka ia pun memberi salam,
"Assalaamu alaikum yaa ahla
baitin nubuwwati wa ma
danir risaalati a
adkhulu ?" (Mudah-mudahan
keselamatan tetap untuk kamu
semua sekalian, wahai penghuni
rumah nabi dan sumber risaalah,
bolehkan saya masuk?) Apabila
Fathimah mendengar orang
memberi salam maka ia-pun
berkata; "Wahai hamba Allah,
Rasulullah s.a.w. sedang sibuk
sebab sakitnya yang semakin
berat." Kemudian malaikat lzrail
berkata lagi seperti
dipermulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah
didengar oleh Rasulullah s.a.w.
dan Rasulullah s.a.w. bertanya
kepada Fathimah ra., "Wahai
Fathimah, siapakah di depan
pintu itu." Maka Fathimah ra. pun
berkata, "Ya Rasulullah, ada
seorang Arab badwi memanggil
mu, dan aku telah katakan
kepadanya bahawa anda sedang
sibuk sebab sakit, sebaliknya dia
memandang saya dengan tajam
sehingga terasa menggigil
badan saya." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata;
"Wahai Fathimah, tahukah kamu
siapakah orang itu?." Jawab
Fathimah, "Tidak ayah." "Dia
adalah malaikat lzrail, malaikat
yang akan memutuskan segala
macam nafsu syahwat yang
memisahkan perkumpulan-
perkumpulan dan yang
memusnahkan semua rumah
serta meramaikan kubur."
Fathimah ra. tidak dapat
menahan air matanya lagi
setelah mengetahui bahawa
saat perpisahan dengan
ayahandanya akan berakhir, dia
menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar tangisan Falimah ra.
maka beliau pun berkata:
"Janganlah kamu menangis
wahai Fathimah, engkaulah
orang yang pertama dalam
keluargaku akan bertemu
dengan aku." Kemudian
Rasulullah s.a.w. pun
mengizinkan malaikat lzrail
masuk. Maka malaikat lzrail pun
masuk dengan mengucap,
"Assalamuaalaikum ya
Rasulullah." Lalu Rasulullah
s.a.w. menjawab: "Wa alaikas
saalamu, wahai lzrail engkau
datang menziarahi aku atau
untuk mencabut ruhku?" Maka
berkata malaikat lzrail:
"Kedatangan saya adalah untuk
menziarahimu dan untuk
mencabut ruhmu, itupun kalau
engkau izinkan, kalau engkau
tidak izinkan maka aku akan
kembali." Berkata Rasulullah
s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah
kamu tinggalkan Jibril?" Berkata
lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di
langit dunia, para malaikat
sedang memuliakan dia." Tidak
beberapa lama kemudian Jibril
a.s. pun turun dan duduk di
dekat kepala Rasulullah s.a.w..
Apabila Rasulullah s.a.w.
melihat kedatangan Jibril a.s.
maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, tahukah
kamu bahawa ajalku sudah
dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku
tahu" Rasulullah s.a.w.
bertanya lagi, "Wahai Jibril,
beritahu kepadaku kemuliaan
yang menggembirakan aku disisi
Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s.,
"Sesungguhnya semua pintu
langit telah dibuka, para malaikat
bersusun rapi menanti ruhmu
dilangit. Kesemua pintu-pintu
syurga telah dibuka, dan
kesemua bidadari sudah berhias
menanti kehadiran ruhmu."
Berkata Rasulullah s.a.w.:
"Alhamdulillah, sekarang kamu
katakan pula tentang umatku di
hari kiamat nanti." Berkata Jibril
a.s., " Allah s.w.t. telah
berfirman yang
bermaksud, "Sesungguhnya
aku telah melarang semua
para nabi masuk ke dalam
syurga sebelum engkau
masuk terlebih dahulu, dan
aku juga melarang semua
umat memasuki syurga
sebelum umatmu memasuki
syurga."
Berkata Rasulullah s.a.w.:
"Sekarang aku telah puas hati
dan telah hilang rasa susahku."
Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata: "Wahai lzrail,
mendekatlah kamu kepadaku."
Setelah itu Malaikat lzrail pun
memulai tugasnya, apabila ruh
beliau sampai pada pusat, maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, alangkah
dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s.
mengalihkan pandangan dari
Rasulullah s.a.w. apabila
mendengar kata-kata beliau itu.
Melihatkan telatah Jibril a.s. itu
maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, apakah
kamu tidak suka melihat
wajahku?" Jibril a.s. berkata:
"Wahai kekasih Allah, siapakah
orang yang sanggup melihat
wajahmu dikala kamu dalam
sakaratul maut?" Anas bin Malik
ra. berkata: "Apabila ruh
Rasulullah s.a.w. telah sampai
di dada beliau telah
bersabda, "Aku wasiatkan
kepada kamu agar kamu
semua menjaga solat dan
apa-apa yang telah
diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. ketika
menjelang saat-saat terakhir,
telah mengerakkan kedua bibir
beliau sebanyak dua kali, dan
saya meletakkan telinga, saya
dengan Rasulullah s.a.w.
berkata: "Umatku, umatku."
Telah bersabda Rasulullah
s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril
a.s. telah berkata kepadaku;
"Wahai Muhammad,
sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menciptakan sebuah laut di
belakang gunung Qaf, dan di
laut itu terdapat ikan yang selalu
membaca selawat untukmu,
kalau sesiapa yang mengambil
seekor ikan dari laut tersebut
maka akan lumpuhlah kedua
belah tangannya dan ikan
tersebut akan menjadi batu."
Sabtu, 18 September 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar