data:post.id'>
Bidadari merupakan salah satu
anugerah Allah kepada seorang
lelaki yang memasuki syurga. Bagi
seorang wanita yang solehah
maka bidadari bagi suaminya
adalah dikalangan bidadari-
bidadari kurniaan Allah dan dia
(isteri solehah merupakan ketua
akan segala bidadari-bidadari
tersebut). Berjihad pada agama
Allah merupakan satu amalan
yang menjadi kesukaan Allah swt
dan ini merupakan sunnah besar
nabi SAW dan kalangan sahabat-
sahabat. Setiap manusia yang mati
walaupun berapa umurnya maka
akan ditanya dimanakah masa
mudanya dihabiskan.
Kisah... ...
'Ainul Mardhiah merupakan
seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari-
bidadari yang lain (bermaksud
mata yang di redhai). Suatu pagi
(dalam bulan puasa) ketika nabi
memberi targhib (berita-berita
semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah)
katanya siapa-siapa yang keluar di
jalan Allah tiba-tiba ia syahid,
maka dia akan dianugerahkan
seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari-
bidadari syurga. Mendengar berita
itu seorang sahabat yang usianya
sangat muda teringin sangat nak
tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut... . tetapi dia
malu nak bertanyakan kepada
nabi kerana malu pada sahabat-
sahabat yang lain. Namun dia
tetap beri nama sebagai salah
sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan
tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang
muda tadi juga turut bersama
jemaah tadi... tidur bersama-
sama. .. .
Dalam tidur tersebut dia bermimpi
berada di satu tempat yang
sngguh indah, dia bertemu
dengan seorang yang berpakaian
yang bersih lagi cantik dan muka
yang berseri2 lalu ditanyanya
dimanakah dia... lalu lelaki itu
menjawab inilah syurga. Lalu dia
menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul
Mardhiah... lalu ditunjuknya di
suatu arah maka berjalan dia... di
suatu pepohon beliau mendapati
ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan
begitu... takpernah dilihat didunia
ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah ainul
mardhiah... wanita itu menjawab
ehh tidakk... saya khadamnya ainul
mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.Lalu dia berjalan
dan memasuki satu mahligai yang
cukup indah dan mendapati ada
seorang lagi wanita yang
kecantikannya berganda-ganda
dari yang pertama tadi sedang
mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai... . lalu
diberi salam dan di tanya lagi
adakah dia ainul mardiah lalu
wanita itu menjawab... eh tidakkk
saya hanya khadamnya di dalam
mahligai ini... ainul mardiah ada di
atas mahligai sana,... .. lalu
dinaikinya anak-anak tangga
mahligai permata itu
kecantikkannya sungguh
mengkagumkan. .. lalu dia sampai
ke satu mahligai dan mendapati
seorang wanita yang berganda-
ganda cantik dari yang pertama
dan berganda-ganda catiknya dari
yang kedua... . dan tak pernah dia
lihat di dunia... . lalu wanita itu
berkata ... akulah ainul mardhiah,
aku diciptakan untk kamu dan
kamu diciptakan untuk aku... . bila
lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum
syahid lagiiii... ... tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari
tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu
sahabat lain, namun begitu dia
memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada
nabi SAW... tapi sekiranya dia
shahid barulah ceritakan kepada
nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-
sama dengan jemaah yang
terdapat Nabi di dalamnya telah
keluar berperang lalu ditakdirkan
pemuda tadi telah shahid. Petang
tersebut ketika semua jemaah
telah pulang ke masjid, di waktu
hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan
untuk berbuka (tunggu makanan
adalah satu sunnah nabi). Maka
kawan sahabat yang syahid tadi
telah bangun dan merapati nabi
SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang syahid tadi...
dalam menceritakan itu nabi
menjawab benar... benar... benar...
dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata
memang benar cerita sahabat
kamu tadi dan sekarang ini dia
sedang menunggu untuk berbuka
puasa di syurga... . subhanallah. ..
Rabu, 15 September 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar