Pages

Subscribe:

Pengunjung

Entri Populer

sahabat

random Ayat Al Qur'an

Waktu Shalat

Cari di Blog Ini

translit

Kamis, 16 September 2010

PERANG BADAR

data:post.id'> Mungkin ramai yang tahu
tentang perang BADAR ialah
perang pertama Islam
menentang kafir quraisy tapi
sejauh mana sirah ini dihayati?
Tahukah anda bahawa
peperangan ini bukanlah
peperangan yang diduga oleh
Rasulullah?Tahukah anda
bahawa tentera Islam hanya
mempunyai 2 ekor kuda ketika
itu? Tahukah anda bahawa
Rasulullah menangis sampai
teresak-esak memohon janji
daripada Allah?Tahukah anda
bahawa para sahabat begitu
takut menghadapi peperangan
ini?
Perang BADAR adalah perang
yang paling penting dalam dunia
Islam.Masakan perang ini tidak
penting sehingga Rasulullah
berdoa:
Ya Allah,jika Engkau
kalahkan Islam pada perang
ini,nescaya tidak akan ada
lagi manusia yang akan
menyembah Engkau….
Perang ini menyaksikan bahawa
313 orang kaum Muslimin yang
mempunyai 2 ekor kuda dan 70
ekor unta menentang 1300
orang Kafir Quraisy yang mana
mempunyai 100 ekor
unta,lengkap berbaju besi dan
bilangan unta yang sangat
banyak.Tentera Islam dipimpin
sendiri oleh Rasulullah dan
tentera Kafir Quraisy dipimpin
oleh Abu Jahal.Tentera Islam
menunggang kuda dan unta
secara bergilir dan mereka
hanya bersenjatakan pelepah
tamar,cangkul,batang kayu dan
batu.Manakala tentera Kafir
lengkap berpedang.
7 Ramadhan tanggal
bersejarah,tarikh di mana
berlakunya pertumpahan
darah,antara tentera berhala dan
tentera Allah.Pokok
cerita,tentera Muslimin keluar
300 orang lebih untuk
menunjukkan kekuatan negara
Madinah,tidak terlintas lansung
untuk berperang. Khafilah Abu
Sufyan menjadi sasaran,bukan
untuk ditangkap atau
dibunuh,tetapi untuk
digerunkan.Namun, takdir telah
menentukan peperangan akan
berlaku,Abu Sufyan menghantar
utusan ke Makkah untuk
meminta bantuan
ketenteraan.Abu Jahal tanpa
berfikir panjang telah
mengerahkan 1000 orang lebih
untuk turun berperang.
Maklumat tentang serangan Abu
Jahal bocor kepada
Rasulullah,tanpa
berlengah,Rasulullah terus
mengumpulkan sahabat-sahabat
daripada Ansar dan Muhajirin
untuk bermusyawwarah.Belum
sempat musyuarat berjalan lebih
jauh,Miqdad Bin Al-Aswad lekas
bangun dan mula berpidato:
“Ya Rasulullah (SAW)!, Kami
tidak akan mengatakan
kepadamu seperti apa yang
dikatakan oleh bani Israel
kepada Musa (AS), ‘Pergilah
kamu bersama Tuhanmu,
kami duduk (menunggu) di
sini’( Dalam surah Al-
Maidah). Pergilah bersama
dengan keberkahan Allah
dan kami akan bersama
dengan mu !”.
Rasulullah gembira
mendengarnya namun
Rasulullah diam kerana dalam
hati baginda,baginda memang
yakin dengan kaum Muhajirin
dan kini,Rasulullah menunggu
pengakuan daripada kaum
Ansar.Melihat Rasulullah
diam,seorang sahabat
Ansar,Sa ’ad Ibnu Mu’az, bangun
dan berpidato:
“Demi Allah, Kami telah
beriman kepadamu,
sehingga kami akan selalu
membenarkanmu. Dan kami
bersaksi bahwa ajaran yang
engkau bawa adalah benar.
Karena itu, kami berjanji
untuk selalu mentaati dan
mendengarkan perintahmu.
Berangkatlah wahai
Rasululah Shalallahu ‘alaihi
wasallam, jika itu yang
engkau kehendaki. Demi
Dzat yang telah
mengutusmu dengan nilai-
nilai kebenaran, seandainya
engkau membawa kami ke
laut itu, kemudian engkau
benar-benar
mengarunginya, niscaya
kami pun akan
mengikutimu. Sungguh,
tidak akan ada satu pun
tentara kami yang akan
tertinggal dan kami tidak
takut sedikit pun kalau
memang engkau memper
temukan kami dengan
musuh-musuh kami esok
hari. Sesungguhnya, kami
adalah orang-orang yang
terbiasa hidup dalam
peperangan dan melakukan
pertempuran. Semoga Allah
memperlihatkan kepadamu
berbagai hal dari kami yang
dapat memberikan
kebahagiaan bagimu. Maka,
marilah kita berjalan menuju
berkah Allah.”
Rasulullah sangat gembira
mendengar kedua-dua
pengakuan wakil daripada 2
kaum itu,lantas baginda
bersabda:
“Majulah ke depan dan
yakinlah yang Allah telah
menjajikan kepadaku satu
dari keduanya (khafilah
dagang atau perang), dan
demi Allah, seolah olah aku
telah dapat melihat pasukan
musuh terbaring kalah”.
Maka tentera Islam pun mula
berjalan mendaki gunung BADAR
dan mereka berhenti seketika
untuk berehat.Tatkala inilah
seorang sahabat yang bernama
Hubab Bin Mundhir darang
mendekati Rasulullah dan
bertanya adakah pemilihan
tempat ini sebagai medan
peperangan merupakan wahyu
Allah atau tidak dan baginda
menjawab tidak tetapi tempat
ini pilihan musyawwarah.Lalu
Hubab memberi pendapatnya
supaya tentera Islam berpindah
ke selatan,tempat yang
berdekatan dengan sumber
air.Kemudian membuat kolam
persediaan air dan
menghancurkan sumber-sumber
air yang lain.Rasulullah bersetuju
dengan cadangan Hubab. Seusai
Hubab memberi
cadangannya,Sa ’ad Bin Muaz pun
memberi cadangannya yang
mana dia ingin membangunkan
benteng kepada Rasulullah
sebagai tempat berlindung dan
ini juga diterima oleh Rasulullah.
Rasulullah pulang ke khemah
bersama dengan Abu Bakar.Dan
pada waktu malam,Rasulullah
sujud begitu lama sehingga
serban yang dipakainya
jatuh.Air matanya mengalir
hebat.Zikir ‘Ya Hayyu Ya
Qayyum’ tidak henti-henti
daripada mulut Rasulullah.Abu
Bakar yang berada di tepi
baginda ketika itu menegur nabi
dan memberitahu bahawa:
“Wahai Nabi Allah,cukuplah
bagi mu mengingatkan
Allah tentang janji-janji
Nya.Sesungguhnya Dia akan
memberikan apa yang
dijanjikan Nya kepada mu.”
Bukanlah Rasulullah tidak yakin
dengan janji Allah,tetapi
Rasulullah juga manusia.Terdetik
juga di hatinya gerun dan
takut.Jadi kepada Allah sahaja
dia meluahkan segala-
galanya.Kemudian Allah
menurunkan wahyu Nya:
” Agar Allah swt
menetapkan yang hak
( Islam ) dan membatalkan
yang batil ( syirik )
walaupun orang-orang
yang berdosa itu tidak
menyukainya.””[ QS; Al-
Anfal : 9 ]
Keesokan harinya,sebelum
tentera Kafir datang
menyerang,Allah telah tidurkan
semua sahabat dengan tujuan
supaya mereka semua
mempunyai tenaga yang
mencukupi ketika
peperangan.Bangun dari
tidur,mereka mandi.Selepas
mereka sudah selesai bersiap,
tiba-tiba mereka didatangi oleh
tentera Kafir yang sangat
ramai,luar daripada jangkaan
mereka.Hakikatnya,mereka tidak
tahu tentang bilangan sebenar
tentera Quraisy,Rasulullah
merahsiakannya supaya mereka
tidak gentar sebelum
peperangan.Hati manusia mana
tidak gerun melihat musuh yang
begitu ramai,malah lengkap
bersenjata.Rasulullah tahu
mereka takut,lalu baginda
menadah tangan meminta
pertolongan daripada Allah.
“Oh, Tuhan! Penuhilah
janjiMu untuk memberi
kemenangan. Kalau umat
yang kecil ini binasa (kalah),
maka akan menanglah
agama berhala dan tidak
akan ada lagi orang yang
menyembah Mu di muka
bumi.”
Abu Bakar juga tidak
dimaklumkan tentang bilangan
musuh yang begitu ramai,hanya
Nabi sahaja tahu bilangan
mereka.Abu Bakar juga turut
gerun dan takut dan dia
memegang kain penutup kepala
nabi dan berkata:
“Ya Nabi,Allah tentu akan
memakbulkan doa Mu dan
Allah pasti menolong kita
mengalahkan musuh yang
ramai ini”
Nabi tersentak mendengar doa
Abu Bakar.Lalu wahyu daripada
langit pun turun, ”Hai, Nabi!
Kerahkanlah orang-orang
Mu ’min itu bertempur! Dua puluh
orang Mu’min yang sabar, akan
dapat mengalahkan dua ratus
orang musuh dan seratus orang
(Mu ’min yang sabar) akan dapat
mengalahkan seribu orang-
orang kafir, kerana orang-orang
kafir itu tidak mempunyai dasar
yang teguh. ”
Kemudian Nabi mengambil
segempal pasir dan
melontarnya,sebagai tanda
menyuruh tentera Islam maju ke
depan.Tentera Islam maju ke
depan dan akhirnya Abu Jahal
berjaya dibunuh.Tatkala Jeneral
mereka mati,maka lari
bertempiaranlah tentera kafir
quraisy tanda kekalahan.
Semoga Sirah ini menjadi
pengajaran buat kita ……

Tidak ada komentar:

Posting Komentar